Salam,
Pagi ini saya basuh kereta. Sambil2 basuh, pikiran saya melayang2... Teringat plak satu kisah yang menggelikan ati saya. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Itulah hakikat yang saya lalui ketika masih bergelar pelajar di Universiti Darul Iman Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai KUSZA) suatu ketika dahulu (cam lama sangat... baru taun lepas habis). Pernah suatu waktu saya bertengkar dengan 'pak guard' kampus. Sebab?? basuh kereta kat tempat parking bas Universiti (besar tak kesalahan saya?? hu hu)
Ceritanya begini, ketika saya tengah syok basuh kereta kebal (iswara aeroback 1.3) saya, saya didatangi oleh mr pak guard Universiti. Maka terjadilah dialog 'panas' antara kami...
Pak Guard : Air siapa yang awak guna ni?? (dengan muke kerek tahap cip**zi)
Saya : Air Tuhan (muke selamber tahap bia**k lapar)
Pak Guard : Owh, kalau macam tuh awak tak payah bayarlah air ni?? maknanya semua orang tak payah bayarlah air yang mereka guna kalau air ni Tuhan punya?? habis? yang semua orang bayar air tu untuk apa?? awak jangan nak tunjuk pandai mentang-mentang budak U ..... bla bla prot pret, top tep, kuk kik (leteran yg berjeler sambil pak gurd tu menutup air yg saya sedang gunakan)
Diringkaskan cerita, pak gurd masih lagi tidak berpuas hati melihat gaya saya yang selamber jer buat derkkk jer ngan dia... lalu dia memerintahkan pak gurd lain untuk mengambil nama saya dari pejabat gurd UDM untuk disaman. Ketika itu saya buat satu perkara lagi yang memenaskan cuping telinga dia.
Saya : pak cik, tak payah pegi pejabat... saya boleh bagi nama, IC, No telefon saya kalau nak....
Pak Gurd : Awak tak payah cakap apa2... saya tidak mahu dengar apa2 dari awak.
Saya: Macam ni lah pakcik, tak payahlah kita nak besar2kan benda ni. Benda kecil macam ni kita setelkan di sini sajalah.
Pak Guard: Setel apa setel?? awak cakap apa kat saya tadi?? awak tahu tak?? bla bla bla (terus membebel)
Akhirnya saya pun slow talk lagi ngan pak gurd tuh... ha ha ha.. benda boleh settel... hal ini selesai dengan baik. Sebab?? saya tidak melakukan apa2 kesalahan yang melanggari etika sebagai pelajar U. Moral of the story, budi bahasa budaya kita. Bukankah bahasa melayu adalah bahasa orang yang sopan dan mempunyai ketinggian pekerti?? tidak perlulah kita menggunakan bahasa yang kasar kerana kita mesti sentiasa ingat bahawa bukan kita seorang sahaja ada sifat marah, orang lain pun ada sifat itu dan mungkin lebih teruk dari kita.. so, tepuk dada tanyalah iman... Berbudi bahasakah kita?
5 comments:
hoho bagus betul jawapan shaiham bila tanya sape punya air awk guna ni..heee jwpn plg bgus utk mlawan org mcm ni he
a'ah... berapi pak guard tuh dengan saya... adoyaiiii
yang tua disanjungi, yg muda dihormati... :)
A'ah betul tu Asrul... cume kurang tepat. Yang tua dihormati, yang kecil disayangi...baru hidup harmoni...
:) saje nk buat "statement" sendiri...hehe
Post a Comment