17 February 2010

Kenali Taman Tasik Empangan Putrajaya













Salam,

Berjogging...
Memang satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, tengkuk dan segala urat saraf. Bertambah baik lagi jika ianya dilakukan di tempat yang cantik. Suatu kaedah yang paling baik dan murah untuk menghasilkan tubuh badan yang menawan (ecehhhh....macam iklan Dr Rozmey lah plak)

Pagi tadi...
Saya berjogging di Taman Tasik Empangan, Putrajaya. Wah, pemandangan yang cukup cantik. Tidak ramai orang yang mengenali tasik ini kerana kedudukannya yang agak terpinggir. Akan tetapi, bagi mereka yang tinggal di sekitar Putrajaya dan sukakan aktiviti riadah serta bersenam bolehlah datang ke taman ini.

Keunikan...
Mempunyai tasik buatan dan empangan yang damai (damai ker??). Pendek kata, elok lah nak wat realese tension lepas nak pecah kepala study atau kerja.

Lokasi...
Terletak lebih kurang 6 kilometer dari Alamanda dan 1 kilometer dari presint 2. Hanya 300 meter dari Putrajaya Convention Center (PICC). So, dengan rumah saya memang dekatlah... (port jogging setiap pagi).

Kemudahan & Kelebihan tasik ini:
1.Pemandangan yang cantik (Ader empangan dan tasik buatan)
2.Track jogging yang selesa
3.Udara yang segar (jauh dari hiruk-pikuk bandar)
4.Pondok rehat
5.Taman permainan kanak-kanak
6.Tandas dan surau (ader kot)
7.Mesin minuman?? (sediakan duit syiling yg mencukupi)
8.Parking yang luas (sebab tak ramai yang datang)

Actually, tempat ni baru jer siap. so, sesiapa yg tinggal berdekatan moleklah datang untuk bersenam. Akal yang sihat, terletak pada tubuh badan yang sihat betul tak.... Apa lagi?? moh lah kiter!!

1 comments:

Encik Shaiham

Saya brcadang nak buat majlis perkahwinan anak perempuan saya kat Taman Seri Empangan ni...

Actually this Taman is not open yet to public. all these while they only had internal functions among them. i am trying my best to b de first outsider to hold a wedding ceremony there.

what say u?

btw nice pics u were capturing...

mama she

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...