Facebook Akan Ditutup???

Laman Berita Internet Faux iaitu berita dunia mingguan menerbitkan berita yang memeranjatkan bahawa Facebook akan ditutup pada 15 haribulan March 2011 disebabkan tekanan yang dialami oleh pengasasnya Mark Zukerberg....Baca Lagi

Aktiviti berFacebook Untuk Apa????

Rasanya tak perlulah nak memperkenalkan apa itu Facebook kerana saya tahu semuanya dah tahu benda alah apa itu. Tapi semakin hari laman web Facebook mencatatkan peningkatan pelawat unik (uniq visitor) yang semakin tinggi....Baca Lagi

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melayu bersara hari ini

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan mula bersara hari ini....Baca Lagi

Berbudi bahasakah kita??

Pagi ini saya basuh kereta. Sambil2 basuh, pikiran saya melayang2... Teringat plak satu kisah yang menggelikan ati saya. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Itulah hakikat yang saya lalui...Baca Lagi

Antenna kereta dicuri??

Masalah kecurian di ibukota KL dan Selangor makin menjadi2.Dua tiga hari lepas, saya pun menjadi mangsa gejala ini. Ceritanya begini, waktu saya pulang dari pejabat lebih kurang jam 12 malam....Baca Lagi

Showing posts with label Tujuan Facebook. Show all posts
Showing posts with label Tujuan Facebook. Show all posts

06 January 2011

Aktiviti ber'Facebook' Untuk Apa????





Asslamualaikum WBT


Rasanya tak perlulah nak memperkenalkan apa itu Facebook kerana saya tahu semuanya dah tahu benda alah apa itu. Tapi semakin hari laman web Facebook mencatatkan peningkatan pelawat unik (uniq visitor) yang semakin tinggi. Kini Facebook.com merupakan laman web kedua popular selepas Google.com. Ramalan ramai pakar teknologi internet bahawa Facebook bakal memintas Google beberapa tahun lagi.

Akan tetapi bukan itu yang saya nak cerita dalam entry kali ini. Fokus saya kali ini ialah berkenaan dengan Apa kejadahnya (apa ke halnya)kita melayari Facebook setiap hari??

Soalan ini semacam mengandungi unsur-unsur kekerekan (kerek) sedikit, akan tetapi tujuan saya ialah nak memperbetulkan niat kita sama-sama disamping untuk sekadar mengambil masa untuk merenung sedikit.

Sesetengah orang menggunakan facebook untuk bersosial. Kenal mengenali antara satu sama lain. Maklumlah nak berjumpa diluar susah. Berat pulak mulut ni nak bertegur sapa dengan orang. Rendah diri pun ada. Kalau yang terlebih berat badan tu malu takut orang mengata dia gemuk. Yang terkurang berat badan plak malu orang kata dia cicakman. Alih-alih laman web sosial lah jawapannya. Nama boleh disorok kalau mahu begitu juga dengan gambar boleh ditukar dengan gambar yang kacak atau yang cun.

Orang tua-tua selalu berpesan berkawan biar seribu, bermusuh jangan walaupun satu. Kita tak boleh hidup bagai katak bawah besen jamban. Bergaullah dengan ramai orang. Menurut kajian yang dilakukan disebuah Universiti di Barat, otak orang yang bersosial ni lebih besar berbanding dengan orang yang tidak bersosial. Maknanya, kepintaran ada pada orang yang gemar bersosial.

Ada juga yang menggunakan Facebook untuk tujuan berniaga. Yang ini adalah mereka yang bijak. Kenapa Facebook dan tidak laman web lain?? Jawapannya mudah iaitu TRAFIK. Trafik ialah kadar pengunjung unik di laman web sosial itu. Bayangkan kalau anda hendak membuka kedai sebagai contoh kedai baju, tempat mana yang anda akan pilih untuk menjual baju anda. Di Supermarket yang padat dengan pengunjung atau di rumah anda yang hanya keluarga anda yang keluar masuk??? Saya tahu anda tahu jawapannya bukan.

Walau apa tujuan anda, Facebook.com ialah suatu medium. Ianya boleh jadi baik dan boleh jadi buruk bergantung kepada cara dan niat kita sebagai pengguna. Jadilah pengguna yang bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...