09 January 2011

Facebook Akan Ditutup???



Assalamualaikum WBT

Betul ker? ape2 hal meh kita baca berita bawah ni yang diambil dari laman blog www.blogtechnical.com:

Laman Berita Internet Faux iaitu berita dunia mingguan menerbitkan berita yang memeranjatkan bahawa Facebook akan ditutup pada 15 haribulan March 2011 disebabkan tekanan yang dialami oleh pengasasnya Mark Zukerberg.

Kebiasaannya berita jenis ini hanya membuang masa kita sahaja untuk melayannya. Akan tetapi malangnya ramai yang percaya (sehingga media di Malaysia juga tidak ketinggalan menyebarkan berita yang sama). Tidak kurang juga yang berkongsi tentangnya di Facebook. Hanya 40 jam yang lepas, 40 dari 350+ rakan saya berkongsi berita ini dan saya menerima beberapa mesej dan emails dari ‘peminat Facebook’ yang bimbang. Saya sudah mula mengjangkakan situasi ini akan bertambah buruk dan menyebabkan akan timbulnya lebih banyak kontroversi dalam internet.

Ini adalah petikan artikel dari berita yang disebarkan itu:

PALO ALTO, CA – Mark Zukerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup operasinya pada March ini. Menguruskan website tersebut menyebabkan tekanan (stress) melampau kepada beliau.

“ Facebook sudah tidak terkawal” kata Zukerberg dalam temubual media di perkarangan pejabatnya di Palo Alto, “ Dan tekanan menguruskan syarikat ini menghancurkan hidup saya. Saya mesti menghentikan semua benda gila ini.”

“ Selepas 15 March ini keseluruhan website akan ditutup” kata Avrat Humarthi, Timbalan Presiden perhubungan Teknikal di Facebook. “oleh itu, sekiranya anda mahukan lagi gambar-gambar anda, saya nasihatkan anda ambil keluarkan semuanya dari Facebook. Anda tidak akan dapatnya kembali sekiranya Facebook sudah tidak beroperasi nanti".

Ok, saya hanya nak beritahu anda semua bahawa ini adalah CERITA PALSU yang direka oleh Laman Berita Faux. Samalah dengan Laman Onion dan Chieve. Saya juga nak ingatkan anda, sila sahkan sesuatu berita itu sebelum menyebarkannya. Jika tidak, perkara yang anda lihat pada hari ini akan terus berlaku lagi dan lagi (semacam trend berita palsu sebegini tidak akan berhenti)......... Kalau kita gunakan akal sedikit pun kita boleh fikir, bagaimana syarikat yang dianggarkan bernilai $50 billion usd (RM 160b) ditutup secara tiba-tiba begitu sahaja. Bukankah lebih baik menjualkannya dari membunuhnya (menutup dengan tiba2)???

P/s: Beragaklah nak tutup camtu jer. kalau sebabnye tekanan, jual ajelah kat orang dapat duit tu. Orang paling bingai dalam dunia pun takkan tutup tak tentu hala camtu dan biar tak dapat apa-apa. Ingat dulu ustaz cakap: DARI BADAK BAIK KUDE, DARI TAKDOK BAIK ADE

Sumber berita:http://www.blogtechnical.com/286/facebook-shut-down-hoax-spreads-like-fire.bt

4 comments:

Salam,mmg akan ade berita2 palsu macamni,tambah2 bila syrkt cm facebook ni semakin banyak pelaburnya yg nk melabur,kalu nk diikutkan,mmg betul...baik jual saje saham tu kt syrkt lain,berduyun yg nk membelinya.Baru2 ni dlm paper ade kluar ttg pelaburan yg dibuat olh syrkt lain yg berminat..si mark tu dlm kenyataannya terima pelaburan tu dn bolehlh mencari additional workers..maklumlah,semakin hari semakin ramai jumlah pengguna.

Salam,

Betul tu Anonymous.. Tapi, yang peliknya kalau berita mengarut camtu senang sangat org terima... Hairan???

terbaik ko pny blog..nt ajar macam mana nak wat slideview tu ek..ak pn cadang nak buat bisnes ala2 bakery n cake...so far usahawan itu lebih maju dr keje makan gaji :)

Insya Allah Jat... hehehe.. Tu je lah keje aku ngan internet skang nih... seronok... banyak funtion yg leh dipelajari walau zero basic sal HTML... asalkan tau membaca... semua jalan... he he he

Owh yea ker... Tahniah! dah nak buat ti gtau lah yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...