06 January 2011

Aktiviti ber'Facebook' Untuk Apa????





Asslamualaikum WBT

Rasanya tak perlulah nak memperkenalkan apa itu Facebook kerana saya tahu semuanya dah tahu benda alah apa itu. Tapi semakin hari laman web Facebook mencatatkan peningkatan pelawat unik (uniq visitor) yang semakin tinggi. Kini Facebook.com merupakan laman web kedua popular selepas Google.com. Ramalan ramai pakar teknologi internet bahawa Facebook bakal memintas Google beberapa tahun lagi.

Akan tetapi bukan itu yang saya nak cerita dalam entry kali ini. Fokus saya kali ini ialah berkenaan dengan Apa kejadahnya (apa ke halnya)kita melayari Facebook setiap hari??

Soalan ini semacam mengandungi unsur-unsur kekerekan (kerek) sedikit, akan tetapi tujuan saya ialah nak memperbetulkan niat kita sama-sama disamping untuk sekadar mengambil masa untuk merenung sedikit.

Sesetengah orang menggunakan facebook untuk bersosial. Kenal mengenali antara satu sama lain. Maklumlah nak berjumpa diluar susah. Berat pulak mulut ni nak bertegur sapa dengan orang. Rendah diri pun ada. Kalau yang terlebih berat badan tu malu takut orang mengata dia gemuk. Yang terkurang berat badan plak malu orang kata dia cicakman. Alih-alih laman web sosial lah jawapannya. Nama boleh disorok kalau mahu begitu juga dengan gambar boleh ditukar dengan gambar yang kacak atau yang cun.

Orang tua-tua selalu berpesan berkawan biar seribu, bermusuh jangan walaupun satu. Kita tak boleh hidup bagai katak bawah besen jamban. Bergaullah dengan ramai orang. Menurut kajian yang dilakukan disebuah Universiti di Barat, otak orang yang bersosial ni lebih besar berbanding dengan orang yang tidak bersosial. Maknanya, kepintaran ada pada orang yang gemar bersosial.

Ada juga yang menggunakan Facebook untuk tujuan berniaga. Yang ini adalah mereka yang bijak. Kenapa Facebook dan tidak laman web lain?? Jawapannya mudah iaitu TRAFIK. Trafik ialah kadar pengunjung unik di laman web sosial itu. Bayangkan kalau anda hendak membuka kedai sebagai contoh kedai baju, tempat mana yang anda akan pilih untuk menjual baju anda. Di Supermarket yang padat dengan pengunjung atau di rumah anda yang hanya keluarga anda yang keluar masuk??? Saya tahu anda tahu jawapannya bukan.

Walau apa tujuan anda, Facebook.com ialah suatu medium. Ianya boleh jadi baik dan boleh jadi buruk bergantung kepada cara dan niat kita sebagai pengguna. Jadilah pengguna yang bijak.

2 comments:

saya sokong tu...fb ni sbg medium dimana boleh disalurkan utk pelbagai tujuan.tapi yg paling penting,mestilah kearah jln yg benar dan bukannya ats kepentingan yg tdk menguntungkan...

Betul tu anonymous. JALAN YANG BENAR. tepat sekali. supaya keharmonian terjamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...