06 January 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melayu bersara hari ini





KUALA LUMPUR, 7 Jan – Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan mula bersara hari ini.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara hari ini kepada Bernama semalam, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Jan, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. – Bernama.

P/s: Teringat sejak kecik lagi suara Engku Tan Sri " Saya penyimpan mohor besar Raja2 melayu dengan ini mengisytiharkan, tarikh permulaan Puasa........Esok!!".




2 comments:

.. malam raya tahun depan pasti berbza hehe

Tulah azrul.... tak tau camne perasaannya kan... ho ho ho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...