Facebook Akan Ditutup???

Laman Berita Internet Faux iaitu berita dunia mingguan menerbitkan berita yang memeranjatkan bahawa Facebook akan ditutup pada 15 haribulan March 2011 disebabkan tekanan yang dialami oleh pengasasnya Mark Zukerberg....Baca Lagi

09 January 2011

Facebook Akan Ditutup???

Assalamualaikum WBTBetul ker? ape2 hal meh kita baca berita bawah ni yang diambil dari laman blog www.blogtechnical.com:Laman Berita Internet Faux iaitu berita dunia mingguan menerbitkan berita yang memeranjatkan bahawa Facebook akan ditutup pada 15 haribulan March 2011 disebabkan tekanan yang dialami oleh pengasasnya Mark Zukerberg. Kebiasaannya berita jenis ini hanya membuang masa kita sahaja untuk melayannya. Akan tetapi malangnya ramai yang percaya (sehingga media di Malaysia juga tidak ketinggalan menyebarkan berita yang sama). Tidak kurang juga yang berkongsi tentangnya di Facebook. Hanya 40 jam yang lepas, 40 dari 350+ rakan saya berkongsi...

06 January 2011

Aktiviti ber'Facebook' Untuk Apa????

Asslamualaikum WBTRasanya tak perlulah nak memperkenalkan apa itu Facebook kerana saya tahu semuanya dah tahu benda alah apa itu. Tapi semakin hari laman web Facebook mencatatkan peningkatan pelawat unik (uniq visitor) yang semakin tinggi. Kini Facebook.com merupakan laman web kedua popular selepas Google.com. Ramalan ramai pakar teknologi internet bahawa Facebook bakal memintas Google beberapa tahun lagi.Akan tetapi bukan itu yang saya nak cerita dalam entry kali ini. Fokus saya kali ini ialah berkenaan dengan Apa kejadahnya (apa ke halnya)kita melayari Facebook setiap hari??Soalan ini semacam mengandungi unsur-unsur kekerekan (kerek) sedikit,...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melayu bersara hari ini

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan mula bersara hari ini.Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara hari ini kepada Bernama semalam, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas.Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Jan, 1989...

21 February 2010

Berbudi bahasakah kita??

Salam,Pagi ini saya basuh kereta. Sambil2 basuh, pikiran saya melayang2... Teringat plak satu kisah yang menggelikan ati saya. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Itulah hakikat yang saya lalui ketika masih bergelar pelajar di Universiti Darul Iman Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai KUSZA) suatu ketika dahulu (cam lama sangat... baru taun lepas habis). Pernah suatu waktu saya bertengkar dengan 'pak guard' kampus. Sebab?? basuh kereta kat tempat parking bas Universiti (besar tak kesalahan saya?? hu hu)Ceritanya begini, ketika saya tengah syok basuh kereta kebal (iswara aeroback 1.3) saya, saya didatangi oleh mr pak guard Universiti. Maka...

18 February 2010

Antenna kereta dicuri??

Salam,Tak dapat dengar siaran BERNAMAHaii.... masalah kecurian di ibukota KL & selangor makin menjadi2... 2 tiga hari lepas, saya pun menjadi mangsa gejala ini. Ceritanya begini, waktu saya pulang dari pejabat lebih kurang jam 12 malam.... saya pun memasang radio.. akan tetapi, saya pelik kenapa radio saya tidak dapat menyiarkan siaran bernama 24 (93.9 fm di lembah kelang.... kempen nampak??) ??? Atenna ilangBila saya sampai rumah, baru saya sedar rupanya kepala kereta saya sudah bootaklah... takder tanduk.Antenna pun nak curi ker?? berpa harga benda alah tu kalau jual?? kenapa tak curi dengan kaki dia sekali? boleh dengar ker guna antenna...

17 February 2010

Kenali Taman Tasik Empangan Putrajaya

Salam,Berjogging...Memang satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, tengkuk dan segala urat saraf. Bertambah baik lagi jika ianya dilakukan di tempat yang cantik. Suatu kaedah yang paling baik dan murah untuk menghasilkan tubuh badan yang menawan (ecehhhh....macam iklan Dr Rozmey lah plak)Pagi tadi...Saya berjogging di Taman Tasik Empangan, Putrajaya. Wah, pemandangan yang cukup cantik. Tidak ramai orang yang mengenali tasik ini kerana kedudukannya yang agak terpinggir. Akan tetapi, bagi mereka yang tinggal di sekitar Putrajaya dan sukakan aktiviti riadah serta bersenam bolehlah datang ke taman ini.Keunikan...Mempunyai tasik buatan dan empangan...

Pages 212 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...